CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, June 28, 2011

Hanya Yang Berkuasa Maha Pengampun...

Terlajak perahu bila2 masa boleh di undur...kalau dah terlajak kata, mmg susah nak kembali seperti sedia kala....berlakon lah macam mana sempurna sekali pun, dalam hati tetap terluka...

Jiwa ini sgt terluka...luka yg belum tentu blh sembuh dan kembali normal...Aku insan biasa, pya hati dan persaan...menagis bila di aibkan...menangis bila terluka..menangis bila dimarahi...menagis bila tertekan...

Bila hati ini benar2 kecewa dgn sikap mereka...aku jd pendendam...kalu aku blh di aibkan tanpa belas kasihan, kenapa mereka tidak menerima natijah yg sama?? Kenapa hanya aku yg perlu berduka, dan mereka tanpa rasa bersalah, masih boleh bergelak ketawa...

Saat mereka membuka cerita pada sanak saudara, itu dinamakan luahan perasaan..tp kenapa saat aku meluahkan segala tekanan kepada insan bergelar saudara, aku dituduh sebagai  BATU API..adilnyer hukuman yg mereka jatuhkan...

Buat mereka, tahniah diucapkan....kalian dah berjaya membuat aku derita...kalian dah berjaya membuat insan yg aku syg, meletakkan 100% kesalahan di bahu ini..kalian juga dah berjaya membuatkan hidup kami berantakan...tahniah pada kalian....hanya Allah yg dpt membalas jasa kalian...

Sesungguhnyer aku mmg insan biasa yg sukar memaafkan...sukar melupakan...aku insan yg pendendam....hari ni kalian seolah-olah berjaya memutuskan tali persaudaraan...mungkin esk giliran kalian....hidup ini ibarat roda, x semestinye kita sentiasa diatas....

Perlu kah aku yg menghulur kan salam kemaafan, walaupun mereka yg memulakan?? Mungkin tidak...kerana aku insan biasa...Hanya Allah yg maha pengampun dan pemaaf...

Terima kasih kalian...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Melenggang

terima kasih banyak2 sebab korang sudi melenggang kangkung kat sini....sayang korang...muuuaaahhhhhh....